BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2011

GEMBIRA BERSAMA

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger . Dengan harapan anda semua berada dalam keadaan yang sihat , gembira dan harmoni . Lama sudah tidak menulis di sini terasa rindu yang teramat sangat . Dek kerana tugas harian yang terlalu padat maka masa yang di peruntukkan untuk menulis di sini juga menjadi tidak menentu . Selain sibuk menjalankan tugasan harian bersama rakan-rakan di Celcom VJ , saya sekarang sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan novel . Nak jadi penulis novel la pulak . Boleh ke ?
 Insya-Allah . Namun penulisan tersebut masih di peringkat awal . Masih banyak yang perlu di perbaiki . Harap sangat cita-cita ini dapat berpanjangan .

Alhamdulillah . Disebalik kesibukan ini saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang sangat baik di sisi . Bersama mereka hari yang pahit menjadi lebih ceria . Kepenatan akibat kesibukkan menjalankan tugas hilang apabila melihat senyuman mereka yang berada di sekeliling saya . Mereka bagaikan malaikat yang membawa seribu kebahagian . Mungkin kerana senyum mereka saya merasakan setiap hari yang penat dan menjemukan itu merupakan hari yang paling indah .

Saya amat berharap senyuman yang terukir di bibir saya akan terus terukir selamanya . Dan senyuman yang terukir pada ketika ini akan terus membahagiakan semua orang yang berada di sekeliling saya . Senyuman ini juga di harapkan dapat menghilangkan seribu kedukaan dan keperitan yang saya alami .

Sudah banyak yang telah saya coretkan pada kali ini . Di harapkan semua rakan-rakan blogger sentiasa senyum . Pada mereka yang membaca coretan pada kali ini dan tidak menyukai coretan saya ini saya minta maaf kerana menhilangkan senyuman di wajah anda dan menukarnya kepada kebencian . Namun , anda agak rugi kerana tidak tersenyum . Kerana senyum itu adalah sedekah .

Salam sayang daripada Nur 'Ain Abdullah .
Senyum-senyum selalu .

0 comments: