BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 9, 2011

kErja Oh KerJa ...

Setelah selesai menghadapi peperiksaan STPM yang sememangnya mencabar , aku akhirnya mula mnencari pekerjaan . hampir beberapa minggu aku tercari2 akhirnya aku mendapat berita bahawa terdapat kekosongan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur . Syarikat ini menjalankan perniagaan di atas kereta api tanah melayu yang membuat perjalanan ke utara dan selatan tanah air . Selama 2 minggu aku bekerja di Kuala Lumpurt akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja atas alasan peribadi . Mak Abah dan keluarga serta orang yang aku cinta juga bersetuju dengan keputusan yang aku ambil . Setelah pulang dari Kuala Lumpur aku mencari-cari pekerjaan yang baru . Ada seorang kawan memberitahu aku bahawa celcom kat atas Cmart sedang mencari pekerja dengan segera . Bebekalkan pengalaman yang aku miliki ketika bekerja dengan sebuah syarikat celcom ketika lepas SPM aku memohon untuk berkerja di syarikat baharu itu . selepas beberapa hari kau dipanggil untuk ditemuduga di syarikat induk yang terletak di Jitra . Selepas beberapa hari dari tarikh temuduga aku telah dipanggil untuk memulakan kerja . Alhamdulillah kerja ditempat baru dengan suasana yang baru dan ditemani rakan-rakan sekerja yang baru dan sangat baik bagi aku ianya sesuatu permulaan yang sgt baik dan menyenangkan . hampir seminggu berlalu aku bekerja di syarikat yang baru dengan segalanya yang baru aku sangat bahagia dan gembira .
cukup lah untuk hari ini . aku akn terus menulis selagi terdaya . 
salam sayang daripada Nur ' Ain ...


0 comments: