BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 13, 2011

hmmmm ... "I Love U"

Isnin , 14 februari 2011 .... 
Today is valentine Day ... ramai juga member yang bertanyakan di mana tempat aku akan menyambut hari valentine yang di katakan mampu mengeratkan lagi hubungan antara kekasih ...  namun sejak semalam aku masih mencari jawapan bagi soalan mereka itu ... mungkinkah ada jawapan yang bakal aku berikan kepada mereka atau mungkin soalan tersebut jawapannya tiada pada diriku ... sepanjang perjalanan hidup ini tidak pernah terlintas di benak pemikiran ku bahawa aku akan menyambut hari kekasih tersebut .... apa kelebihannya menyambut hari kekasih ??? semalam aku terbaca satu artikal berkenaan hari kekasih ... betapa aku bersyukur kerana aku tidak pernah ingin menyambutnya .. pada ku manusia yang beragama islam yang menyambut hari kekasih ialah manusia yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling .... sememangnya manusia yang bodoh ... hurmmm ... tpi apa kan daya kita semua mempunyai jalan & cara hidup masing-masing ... artikal ini sangat membuatkan aku teruja bila kau membaca nya ... apakah semua orang membacanya atau hanya aku ...jika sekiranya semua orang membaca artikal tersebut kenapa masih ramai remaja islam masih mahu menyambut hari kekasih ??? betulkah selepas menyambut hari kekasih perasaan sayang yang wujud diantara kekasih itu semakin menebal ???mungkin disebabkan perasaan yang menebal itu juga telah mewujudkan "ANAK LUAR NIKAH"???? api cinta yang disemarakkan pada hari kekasih jugalah mampu membakar diri seorang remaja sehingga hangus di telan dosa .... 

Artikal yang aku baca menceritakan bahawa hari kekasih merupakan satu kepercayaan yang di amalkan oleh mereka yang menganuti agama kristian ... mereka percaya bahawa suatu masa dahulu terdapat seorang paderi yang bernama valentine telah jatuh cinta pada seorang gadis .... namun cinta mereka terhalang ... itu sahaja yang aku ingat ... selebihnya korang bacalah sendiri ... hahaha ... oleh itu sambutan hari kekasih pun di sambut kononnya bagi memperingati paderi valentine ... namun kajian telah menunjukkan bahawa tiada paderi bernama valentine pada  kurun tersebut ... paderi yang bernama valentine hanya lah tiga orang ... namun ketiga-tiga mereka wujud beberapa kurun selepas cerita mengenai paderi valentine itu diperkatakan ... oleh itu tiada bukti yang kukuh yang menyokong bahawa hari valentine itu adalah untuk memperingati paderi yang telah mati itu ...

Walaubagaimanapun , kita sebagai umat islam tidak boleh terikut-ikut dengan budaya agama lain ... berdosa sekiranya kita melakukan perkara yang di larang oleh ALLAH s.w.t .... tidakkah malu kita bila kita terikut-ikut dengan pegangan yang di pegang oleh orang kristian ??? Oleh itu , walau kawan-kawan yang aku sayangi jangan lah mudah untuk mengikut rentak dan gaya hidup mereka yang bukan islam ...

Cukuplah setakat ini saya menulis ... kalu tulis banyak-banyak nanti adapulak orang yang terasa ... semoga kita dapat bertemu lagi dalam masa yang akan datang ... bye !


Salam sayang drpda NUR'AIN ....~



0 comments: