BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 28, 2011

GEMBIRA BERSAMA

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan blogger . Dengan harapan anda semua berada dalam keadaan yang sihat , gembira dan harmoni . Lama sudah tidak menulis di sini terasa rindu yang teramat sangat . Dek kerana tugas harian yang terlalu padat maka masa yang di peruntukkan untuk menulis di sini juga menjadi tidak menentu . Selain sibuk menjalankan tugasan harian bersama rakan-rakan di Celcom VJ , saya sekarang sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan novel . Nak jadi penulis novel la pulak . Boleh ke ?
 Insya-Allah . Namun penulisan tersebut masih di peringkat awal . Masih banyak yang perlu di perbaiki . Harap sangat cita-cita ini dapat berpanjangan .

Alhamdulillah . Disebalik kesibukan ini saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan yang sangat baik di sisi . Bersama mereka hari yang pahit menjadi lebih ceria . Kepenatan akibat kesibukkan menjalankan tugas hilang apabila melihat senyuman mereka yang berada di sekeliling saya . Mereka bagaikan malaikat yang membawa seribu kebahagian . Mungkin kerana senyum mereka saya merasakan setiap hari yang penat dan menjemukan itu merupakan hari yang paling indah .

Saya amat berharap senyuman yang terukir di bibir saya akan terus terukir selamanya . Dan senyuman yang terukir pada ketika ini akan terus membahagiakan semua orang yang berada di sekeliling saya . Senyuman ini juga di harapkan dapat menghilangkan seribu kedukaan dan keperitan yang saya alami .

Sudah banyak yang telah saya coretkan pada kali ini . Di harapkan semua rakan-rakan blogger sentiasa senyum . Pada mereka yang membaca coretan pada kali ini dan tidak menyukai coretan saya ini saya minta maaf kerana menhilangkan senyuman di wajah anda dan menukarnya kepada kebencian . Namun , anda agak rugi kerana tidak tersenyum . Kerana senyum itu adalah sedekah .

Salam sayang daripada Nur 'Ain Abdullah .
Senyum-senyum selalu .

Sunday, February 13, 2011

hmmmm ... "I Love U"

Isnin , 14 februari 2011 .... 
Today is valentine Day ... ramai juga member yang bertanyakan di mana tempat aku akan menyambut hari valentine yang di katakan mampu mengeratkan lagi hubungan antara kekasih ...  namun sejak semalam aku masih mencari jawapan bagi soalan mereka itu ... mungkinkah ada jawapan yang bakal aku berikan kepada mereka atau mungkin soalan tersebut jawapannya tiada pada diriku ... sepanjang perjalanan hidup ini tidak pernah terlintas di benak pemikiran ku bahawa aku akan menyambut hari kekasih tersebut .... apa kelebihannya menyambut hari kekasih ??? semalam aku terbaca satu artikal berkenaan hari kekasih ... betapa aku bersyukur kerana aku tidak pernah ingin menyambutnya .. pada ku manusia yang beragama islam yang menyambut hari kekasih ialah manusia yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling .... sememangnya manusia yang bodoh ... hurmmm ... tpi apa kan daya kita semua mempunyai jalan & cara hidup masing-masing ... artikal ini sangat membuatkan aku teruja bila kau membaca nya ... apakah semua orang membacanya atau hanya aku ...jika sekiranya semua orang membaca artikal tersebut kenapa masih ramai remaja islam masih mahu menyambut hari kekasih ??? betulkah selepas menyambut hari kekasih perasaan sayang yang wujud diantara kekasih itu semakin menebal ???mungkin disebabkan perasaan yang menebal itu juga telah mewujudkan "ANAK LUAR NIKAH"???? api cinta yang disemarakkan pada hari kekasih jugalah mampu membakar diri seorang remaja sehingga hangus di telan dosa .... 

Artikal yang aku baca menceritakan bahawa hari kekasih merupakan satu kepercayaan yang di amalkan oleh mereka yang menganuti agama kristian ... mereka percaya bahawa suatu masa dahulu terdapat seorang paderi yang bernama valentine telah jatuh cinta pada seorang gadis .... namun cinta mereka terhalang ... itu sahaja yang aku ingat ... selebihnya korang bacalah sendiri ... hahaha ... oleh itu sambutan hari kekasih pun di sambut kononnya bagi memperingati paderi valentine ... namun kajian telah menunjukkan bahawa tiada paderi bernama valentine pada  kurun tersebut ... paderi yang bernama valentine hanya lah tiga orang ... namun ketiga-tiga mereka wujud beberapa kurun selepas cerita mengenai paderi valentine itu diperkatakan ... oleh itu tiada bukti yang kukuh yang menyokong bahawa hari valentine itu adalah untuk memperingati paderi yang telah mati itu ...

Walaubagaimanapun , kita sebagai umat islam tidak boleh terikut-ikut dengan budaya agama lain ... berdosa sekiranya kita melakukan perkara yang di larang oleh ALLAH s.w.t .... tidakkah malu kita bila kita terikut-ikut dengan pegangan yang di pegang oleh orang kristian ??? Oleh itu , walau kawan-kawan yang aku sayangi jangan lah mudah untuk mengikut rentak dan gaya hidup mereka yang bukan islam ...

Cukuplah setakat ini saya menulis ... kalu tulis banyak-banyak nanti adapulak orang yang terasa ... semoga kita dapat bertemu lagi dalam masa yang akan datang ... bye !


Salam sayang drpda NUR'AIN ....~



Wednesday, February 9, 2011

kErja Oh KerJa ...

Setelah selesai menghadapi peperiksaan STPM yang sememangnya mencabar , aku akhirnya mula mnencari pekerjaan . hampir beberapa minggu aku tercari2 akhirnya aku mendapat berita bahawa terdapat kekosongan di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur . Syarikat ini menjalankan perniagaan di atas kereta api tanah melayu yang membuat perjalanan ke utara dan selatan tanah air . Selama 2 minggu aku bekerja di Kuala Lumpurt akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja atas alasan peribadi . Mak Abah dan keluarga serta orang yang aku cinta juga bersetuju dengan keputusan yang aku ambil . Setelah pulang dari Kuala Lumpur aku mencari-cari pekerjaan yang baru . Ada seorang kawan memberitahu aku bahawa celcom kat atas Cmart sedang mencari pekerja dengan segera . Bebekalkan pengalaman yang aku miliki ketika bekerja dengan sebuah syarikat celcom ketika lepas SPM aku memohon untuk berkerja di syarikat baharu itu . selepas beberapa hari kau dipanggil untuk ditemuduga di syarikat induk yang terletak di Jitra . Selepas beberapa hari dari tarikh temuduga aku telah dipanggil untuk memulakan kerja . Alhamdulillah kerja ditempat baru dengan suasana yang baru dan ditemani rakan-rakan sekerja yang baru dan sangat baik bagi aku ianya sesuatu permulaan yang sgt baik dan menyenangkan . hampir seminggu berlalu aku bekerja di syarikat yang baru dengan segalanya yang baru aku sangat bahagia dan gembira .
cukup lah untuk hari ini . aku akn terus menulis selagi terdaya . 
salam sayang daripada Nur ' Ain ...


Saturday, December 18, 2010

LeTih MenCarI kERjA ...

hari ini seharian aku mencari kerja....
letih x terkata...
aku hampir-hampir berputus asa....
aku mula merasa kesusahan untuk memulakan hidup di luar sana...
kesusahan yang akan semua orang rasai...
mungkin agak susah kerana aku belum terbiasa...

aku berharap Allah akan membuka ruang kepadaku untuk terus mencari pengalaman....
pengalaman baru yang belum pernah aku tempuhi...
pengalaman baru yang boleh mendewasakan diriku...
pengalaman baru yang mampu membuatkan diri ini menjadi lebih cekal & berani...

aku hanya inginkan masa lapang ku di isi dengan sepenuhnya...
di isi dengan benda yang berfaedah...
di isi dengan sesuatu yang boleh mengajarku erti kehidupan...

aku sangat berharap aku mampu mendapatkan pekerjaan untuk mengisi kehidupan ini...
semoga dengan pekerjaan yang aku miliki aku mampu membantu keluarga....
dengan pekerjaan yang bakal aku kerjakan aku mampu memenuhi keinginkan....
Ya Allah berikanlah aku kekuatan....amin~


Thursday, December 16, 2010

sEleSai SudAH

Alhamdulillah...
selesai sudah peperiksaan STPM....
15 disember 2010 jam 4.00 kertas terakhir untuk peperiksaan STPM yang aku jalani selama 3 minggu 
telah di kutip oleh pengawas yang bertugas....
Oleh itu , peperiksaan STPM dengan rasminya telah tamat bagi aku dan rakan2...
tiada lagi istilah baju sekolah...
agak gembira tetapi disebalik kegembiraan itu terselit satu perasaan sedih jauh disanubari aku dan rakan2....
walaupun tidak diucapkan namun dengan riak wajah mereka aku dapat menekanya...
selepas ini aku tidak perlu bangun seawal jam 5 pagi...x perlu seterika baju sekolah....
x perlu stdy lewat2....rasa bagaikan aku bebas selamanya apabila peperiksaan STPM tamat....
tahun hadapan aku akan mendaftar sebagai seorang mahasiswi di menara gading....
itulah harapan aku...malah kawan2 aku juga....
menamatkan pelajaran dengan memegang ijazah merupakan sesuatu yang terlalu indah....
detik yg ditunggu2 oleh setiap manusia yang selalu inginkan kejayaan...
namun aku  percaya aku akan merindui zaman persekolahan...
 zaman dimana semua guru memberikan perhatian pada semua muridnya...
pada zaman persekolahan inilah aku mengenali erti persahabatan...
erti kerjasama.... erti cinta juga...hehe
namun semua itu tak akan berulang lagi....
tanpa semua itu aku yakin aku tidak mungkin akan dapat meneruskan kehidupan...
hubungan persahabatan di zaman persekolahan mungkin akan terlerai disini....
namun ianya sukar dilupakan....untuk slelamanya....
zaman yang indah ini perlu kekal sebagai sejarah hidup ku hingga aku menutup mata...
 zaman ini tidak mungkin dapat diulang walaupun kita membayarnya dengan wang yang berjuta...
aku yakin zaman ini juga telah mengajar setiap dari kita untuk berdikari...
oleh itu, aku sangat berharap setiap dari kita tidak akan mensia2kan setiap waktu yang kita miliki....
 aku ingin mengundur diri dahulu untuk mengisi masaku dengan sesempurna mungkin....
selamat malam

Saturday, December 11, 2010

~ gEnAP 19 tAhuN ~

Jumaat , 10 Disember 2010

Pada hari dan tarikh diatas aku telah genap 19 tahun...macam mimpi...
namun Alhamdulillah aku akan memasuki zaman dewasa...
rasa rindu nak meninggalkan zaman remaja yang manis ni...
dan rasa takut untuk menjadi seorg dewasa...


Alam Dewasa ???
Apa itu zaman dewasa??? alam dimana kita sudah mampu membuat keputusan sendiri
tanpa pengaruh sesiapa...
lakukan yang terbaik untuk diri sendiri...
zaman dewasa bermakna kita semua da mempunyai tanggungjawab sendiri...
mencari jalan untuk meneruskan hidup..
tanpa bergantung pada mak & abah...
dan zaman dimana telah tiba masa untuk berumah tangga (tetiba jadi gatal...hehe)

zaman remaja x mungkin dapat aku lupakan...
kenangan manis bersama teman2 rapat dan juga org yang tersayang...
namun dalam alam dewasa...tetap tersemat sedikit keremajaan...hehehe
nak awek muda la katakan....

aku harap apa yang terjadi semalam menjadi kenangan aku dan rakan2 buat selama2nya...
dan apa yang bakal berlaku...akan kami tempuhi dengan penuh kesabaran dan keyakinan...

aku da x larat nak reka ayat...berhenti disini dulu ya...
semoga hari ini menjadi hari yang paling indah....
salam sayang dari NUR 'AIN ABDULLAH..

Friday, October 29, 2010

sEkoLah Oh SeKOlAh...

dah hampir 15 belas tahun aku di sekolahkan...
bermula dari tadika , sekolah rendah , dan akhir sekali sekolah menengah...
strt dr tadika kemas kodiang , sekolah kebangsaan kodiang , sekolah menengah kebangsaan changlun n lastly sekolah menengah kebangsaan arau...
dari berumur 5 tahun hinggalah umur 19 tahun(upper 6)...
sejak tahun 1995 hingga 2010...



 

sudah 3 peperiksaan besar dalam hidup ini telah aku lalui....
UPSR , PMR & SPM...



tahun ini merupakan tahun terakhir aku di sekolah..
tahun yang kan menentukan segala-galanya...

tahun untuk aku membuktikan pada semua orang yang aku juga bisa menjejakkan kaki ke menara gading....

tahun untuk aku lepaskan semua nya diatas kertas yang disediakan oleh kerajaan....
tahun terakhir untuk menatap wajah guru-guru yang telah banyak berjasa...

tahun terakhir untuk aku menyarungkan baju sekolah...
tahun terakhir bergelar seorang pelajar sekolah....

tahun terakhir untuk aku menggalas beg ke sekolah...
tahun terakhir untuk bermanja dengan guru-guru...

kerana tahun ini aku akan menduduki peperiksaan STPM....
hampir 1/2 tahun aku menunggu ketibaan nya...
akhirnya peperiksaan ini datang mengunjungiku..........
24 november adalah tarikh keramatnya.....
15 disember hari yang dinanti-nantikan....


+= my parent..



my love...
mak , abah , amin , kawan2....
doakan yang terbaik untuk ain k....
doakan ain boleh melaksaankan misi ini dengan jayanya....


ain mohon maaf kiranya ain ada buat salah ngn kamu semua...
maafkan ain jika tersalah menilai kamu....
tp..apa yang pasti...kamu semua adalah harta ain...
harta yang sgt bernilai...
tanpa kamu tidak mungkin wujudnya ain sekarang.....
terima kasih semua....

my friends...


ya ALLAH...berikanlah aku kejayaan.....
permudahkanlah STPM ku.....
amin.....